06 September 2006

TIPS hadiah untuk ibu mengikut zodiak

Tiap orang punya cara tersendiri untuk melahirkan rasa sayang kepada insan yang paling istimewa dalam hidup mereka iaitu ibu. Salah satunya adalah dengan memberikan sesuatu hadiah sebagai tanda kasih di hari yang penting dalam hidup mereka seperti hari jadi. Apa pula hadiah yang paling sesuai untuk mereka? Sebenarnya hadiah untuk ibu juga boleh 'dikenalpasti' menerusi tarikh lahir ibu tersebut. Tentu lebih mudah, lagipun takkan seorang anak tak tahu bilakah tarikh lahir ibu mereka yek??

Aries
Ibu Aries dikatakan mempunyai masa yang agak terhad untuk menguruskan hal rumahtangga akibat kerjaya mereka. Jadi apa kata permudahkan urusan hidup mereka dengan hadiah hadiah seperti 'microwave', vakum dan sebagainya lagi.

Taurus
Ibu Taurus ini seorang yang gemar berada di rumah untuk berehat. Apa kata kamu belikannyapengurut kaki elektrik, sepasang selipar lembut atau sebuah buku tentang masakan!

Gemini
Ibu berbintang Gemini gemarkan sesuatu yang boleh memberikannya kejutan. Apa kata hadiahkan dia sebuah VCD karaoke, parti hari jadi secara mengejut atau sepasang sandal yang cantik.

Cancer
Mereka ini selalunya menghargai apa yang dilakukan kepada mereka dan tidak semestinya berbentukmeterial. Mereka sudah tentu sangat menghargai sekiranya kamu memasakkan hidangan istimewa untuknya hari itu dan membuat sendiri hadiah untuknya walaupun sekadar sebuah kad ucapan! Yang penting, ia dilakukan dengan tangan kamu sendiri.

Leo
Mereka ini sukakan sesuatu yang nampak mewah. Jika kamu berhasrat hendak belikan ia sejambak bunga, pastikan jambanga itu besar dan cantik sekali!

Virgo
Bagi mereka, tindakan lebih menggambarkan segalanya berbanding kata kata. Pastikan kamu melakukan tiap suruhannya dan itu dah cukup memadai daripada hadiah mahal.

Libra
Hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah sesuatu yang membantu mereka kelihatan lebih cantik seperti baju dan mekap.

Scorpio
Mereka ini sukakan air dan apa kata kamu membawa mereka bercuti di pandai atau kawasan air terjun. Tentu mereka suka!

Sagitarrius
Mereka ini kaya dengan sifat kelakar dan sebuah kad dengan kata kata yang kelakar dan lucu dah cukup buat mereka atau sehelai baju T yang tertera kata kata lucu.

Capricorn
Belikan saja mereka barangan antik, pasti mereka suka!

Aquarius
Hadiah yang paling disukai adalah benda yang pelik pelik.

Pisces
Mereka yang berjiwa sentimental ini dah cukup tersentuh jika kamu hadiahkan mereka potret keluarga yang berbingkai cantik. Selalunya bila tiba hari jadi ibu anda. apa yg anda berikan pada ibu. beri komen hadiah yg selalu anda berikan.

(sumber wanmus_1)

No comments: