08 September 2006

Kenali si Zodiak Cancer

Kenali si Zodiak Cancer

Suasana Hati Tidak Menentu, Sentimentel, Setia, Caring, Susah Memaafkan, Memiliki Daya Ingatan Yang Kuat

Nombor bertuah: 5, 7, 16, 23, 28, 41
Aroma bertuah: Bunga Melati, Lemon, Mawar, Lily, Kismis
Planet Yang Mengitari: Bulan
Bunga bertuah: Bunga Lily, Mawar Putih.
Warna bertuah: Putih
Batu bertuah: Batu Bulan, Mutiara
Elemen bertuah: Air
Pasangan Serasi: Capricorn

Cancer adalah peribadi yang penuh emosi, sensitif. Selayaknya mereka sangat proaktif dan memiliki pertahanan diri yang tinggi.

Mereka takut pada cemuhan, dan akan bekerja dengan diam-diam dibelakang tabir untuk mendapatkan apa yang telah mereka rencanakan.

Mereka tidak mahu mengambil risiko dalam hidupnya dan selalu konsisten membayar hutang mereka.

Cancer sangat mementingkan kerapian dan kebersihan. Cancer sangat simpati terhadap orang lain oleh kerena itu sulit mengerti seperti apa sebenarnya peribadi mereka.

Mereka cenderung perhatian dan setia bila kamu mulai mengenal Cancer. Mereka berjiwa patriotik dan sangat melindungi semua yang mereka sayangi.

Mereka sangat membanggakan lingkungan tempat tinggalnya dan senang mengundang teman-temannya berkunjung di rumahnya.

Kegemarannya mengumpulkan barang-barang membuat orang mengelarnya gudang tikus.
Mereka memiliki ingatan yang luar biasa dan akan selalu mengingatkanmu akan hal-hal yang telah kamu lakukan di masa yang lalu, terutama hal-hal yang ingin kamu lupakan.

Para cancer merupakan orang yang penuh kasih, setia dan penuh belas kasihan. Keinginan untuk mendapatkan rasa aman dan keseimbangan dalam hidup sangat didambakan.

Cancer memiliki intuisi yang kuat dan dapat mengetahui pikiran-pikiran dan perasaan yang ada pada orang-orang yang dijumpai. Mereka boleh menjadi sangat agresif jika seseorang menantang mereka,

07 September 2006

Karektor zodiak dalam keluarga

Ini satu lagi topik yg saya utarakan utk hampa semua. Jadi kalau blh tu rajin-rajin la antar komen. Ada tak tempias-tempias ciri-ciri kat hampa??? Dikatakan kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka. Nak tau lebih lanjut? Klik la seterusnya..hehe

Zodiak Anak Sulung
anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Karektor :
ü anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego. ü sering berjaya dalam hidup. ü ebih pandai mengambil hati orang tua. ü nilai tanggung jawab yang tinggi.

Zodiak Anak Tengah biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga teras terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Karektor :
ü lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. ü lebih percaya dengan keyakinan sendiri. ü suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri. ü sering merasakan diri mereka terpinggir. ü terlalu mengalah


Zodiak Anak Bongsu
mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakananak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.


Karektor :
ü happy go-lucky dan yakin diri. ü manja. ü berkeinginan dan bercita-cita tinggi. ü sukar membuat keputusan sendiri.

Zodiak Anak Tunggal
dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Karektor :
ü sering merasakan diri mereka kesunyian. ü lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. ü lebih bijak bergaul. ü lebih cepat matang. ü terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. ü sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

(sumber wanmus_1)

06 September 2006

TIPS hadiah untuk ibu mengikut zodiak

Tiap orang punya cara tersendiri untuk melahirkan rasa sayang kepada insan yang paling istimewa dalam hidup mereka iaitu ibu. Salah satunya adalah dengan memberikan sesuatu hadiah sebagai tanda kasih di hari yang penting dalam hidup mereka seperti hari jadi. Apa pula hadiah yang paling sesuai untuk mereka? Sebenarnya hadiah untuk ibu juga boleh 'dikenalpasti' menerusi tarikh lahir ibu tersebut. Tentu lebih mudah, lagipun takkan seorang anak tak tahu bilakah tarikh lahir ibu mereka yek??

Aries
Ibu Aries dikatakan mempunyai masa yang agak terhad untuk menguruskan hal rumahtangga akibat kerjaya mereka. Jadi apa kata permudahkan urusan hidup mereka dengan hadiah hadiah seperti 'microwave', vakum dan sebagainya lagi.

Taurus
Ibu Taurus ini seorang yang gemar berada di rumah untuk berehat. Apa kata kamu belikannyapengurut kaki elektrik, sepasang selipar lembut atau sebuah buku tentang masakan!

Gemini
Ibu berbintang Gemini gemarkan sesuatu yang boleh memberikannya kejutan. Apa kata hadiahkan dia sebuah VCD karaoke, parti hari jadi secara mengejut atau sepasang sandal yang cantik.

Cancer
Mereka ini selalunya menghargai apa yang dilakukan kepada mereka dan tidak semestinya berbentukmeterial. Mereka sudah tentu sangat menghargai sekiranya kamu memasakkan hidangan istimewa untuknya hari itu dan membuat sendiri hadiah untuknya walaupun sekadar sebuah kad ucapan! Yang penting, ia dilakukan dengan tangan kamu sendiri.

Leo
Mereka ini sukakan sesuatu yang nampak mewah. Jika kamu berhasrat hendak belikan ia sejambak bunga, pastikan jambanga itu besar dan cantik sekali!

Virgo
Bagi mereka, tindakan lebih menggambarkan segalanya berbanding kata kata. Pastikan kamu melakukan tiap suruhannya dan itu dah cukup memadai daripada hadiah mahal.

Libra
Hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah sesuatu yang membantu mereka kelihatan lebih cantik seperti baju dan mekap.

Scorpio
Mereka ini sukakan air dan apa kata kamu membawa mereka bercuti di pandai atau kawasan air terjun. Tentu mereka suka!

Sagitarrius
Mereka ini kaya dengan sifat kelakar dan sebuah kad dengan kata kata yang kelakar dan lucu dah cukup buat mereka atau sehelai baju T yang tertera kata kata lucu.

Capricorn
Belikan saja mereka barangan antik, pasti mereka suka!

Aquarius
Hadiah yang paling disukai adalah benda yang pelik pelik.

Pisces
Mereka yang berjiwa sentimental ini dah cukup tersentuh jika kamu hadiahkan mereka potret keluarga yang berbingkai cantik. Selalunya bila tiba hari jadi ibu anda. apa yg anda berikan pada ibu. beri komen hadiah yg selalu anda berikan.

(sumber wanmus_1)

05 September 2006

Kenali tarikh lahir para zodiak mengikut haribulan

Di sini saya poskan artikel mengenai tarikh lahir. Anda boleh merujuk tarikh lahir anda ataupun sesiapa saja dan kenal sifat dan sikap berkenaan tarikh tersebut. Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Fadzillah Kamsah selama 25 tahun . Kesahihannya tak dapat dibuktikan dan saya dapat semua ni pun melalui email yang dihantar oleh kawan saya. Sekiranya kena dengan sikapnya, mungkin ianya secara kebetulan ataupun memang itulah sikapnya yang sebenar. Siapa yang tahu?
-----------------------------------------------------------------------------------------------


GRUP A1
01, 06, 11, 16, 21, 26, 31

Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila jatuh cinta. Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan. Mungkin ini kerana kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya. Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-teman. Dikalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu, membuatkan ramai yang tidak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki. So, lepas ini kamu kenalah pandai-pandai kontrol sikit perasaan baran itu, jika tidak mahu teman-teman semakin menjauhkan diri dari kamu!

------------------------------------------------------------------------------------------------
GRUP B2
02, 07, 12, 17, 22, 27

Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.

------------------------------------------------------------------------------------------------
GRUP C3
03, 08, 13, 18, 23, 28

Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka tidak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang "angin satu badan" itu kadangkala membuatkan mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula, kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan. Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama-lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati. Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa depan. Itulah prinsip yang kamu pegang kuat, termasuk juga dalam hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari belakang, buruk padahnya nanti. Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia.

------------------------------------------------------------------------------------------------
GRUP D4
04, 09, 14, 19, 24, 29
Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tidak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan teman daripada keluarga sendiri. Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa diri. -
------------------------------------------------------------------------------------------------

GRUP E5
05, 10, 15, 20, 25, 30
Kamu seorang yang suka disayangi dan dimanjakan oleh orang teman yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup C3, kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal dalam kehidupan. Tidak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya, Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi kenyataan kerana kamu sendiri tidak serius berusaha. Kamu juga gemar melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba ubah sikap buruk kamu itu, demi kebaikkan diri kamu sendiri.

(Sumber wanmus_1)

04 September 2006

Tambah Keyakinan Diri Mengikut Zodiak

Kadangkala kamu dah dapat jangka bahawa ia bukan keputusan terbaik untuk kamu tapi diteruskan juga kerana kamu tak yakin mampu membuat pilihan terbaik sendiri! Ingin tingkatkan keyakinan diri? Di sini kami ada sedikit tips. Ia boleh dilakukan dengan mengikut bintang kelahiran kamu. Zodiak-zodiak tersebut pula dibahagikan kepada empat elemen iaitu tanah, air, api dan angin. Ingat..ini hanyalah kajian..hanya diri anda yang mampu mengubah diri anda.

ELEMEN TANAH Zodiak: Taurus, Virgo dan Capricorn.
Ciri-ciri yakin:
Kamu seorang yang praktikal, penuh hati-hati dan tenang dalam apa juga situasi yang mendesak kesabaran. Selain itu kamu juga seorang yang banyak bersabar dengan karenah orang lain dan sangat gemar mendampingi orang-orang yang boleh dipercayai dan jujur. Kamu juga suka merendah diri dan tak suka menonjol diri tak tentu pasal. Kamu juga seorang pendengar yang setia dan seorang yang mengambil berat tentang orang-orang yang disayanginya. Namun kamu tak gemar berada dalam suasana yang terlalu sesak dengan orang ramai. Tambah keyakinan: Ingat! Orang lain juga punya rasa tak yakin dalam diri mereka. Sekiranya kamu berada dalam sesuatu majlis, cuba bertenang dan jangan berasa tertekan. Mungkin kamu rasa semua orang pandang kamu tapi sebenarnya tak! Jika kamu malu, orang lain tak akan menyedarinya asalkan kamu tetap berlagak selamba dan kelihatan tenang! Tips tenang: Cuba mulakan perbualan ringkas dengan orang sekeliling. Sentiasa katakan ‘Aku yakin boleh!” pada diri kamu sendiri!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ELEMEN AIR Zodiak: Cancer, Scorpio dan Pisces.
Ciri-ciri yakin:
Mereka ini dikatakan seorang yang bersifat romantis namun emosi serta sering menurut kata hatinya sendiri. Kadangkala mereka ini boleh menjadi terlalu sensitif dan emosi itu menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Mereka juga suka menolong orang atau mendengarmasalah orang lain. Kelemahan mereka ini, kurang selesa bila pertama kali bersua dengan orang yang baru dikenali. Tambah keyakinan: Sentiasa memuji diri sendiri kerana diri kamu juga punya banyak kelebihan. Tak perlu tunggu orang lain yang memuji kamu! Pujian ini membantu kamu menjadi lebih yakin. Tips tenang: Setkan satu matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh waktu tertentu. Namun jangan sekali kali menghukum atau menyalahkan diri sendiri jika melakukan kesilapan! Ingat, kamu pun hanya manusia biasa saja kan?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ELEMEN API Zodiak: Leo dan Sagittarius.
Ciri-ciri yakin:
Kamu seorang yang bersemangat dan sentiasa berusaha untuk bersikap ‘friendly' dengan semua orang! Namun kadangkala sifat kamu yang agak lantang bersuara membuatkan sesetengah orang berkecil hati dengan kamu dalam diam-diam apatah lagi orang itu jenis yang sensitif! Tambah keyakinan: Cuba bertenang apabila dalam situasi yang tegang dan gementar. Sememangnya adalah normal jika terbawa-bawa dalam keadaan itu tapi belajarlah untuk belajar lebih tenang kerana ia akan mengurangkan tekanan dalam diri kamu dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri. Apabila terasa tension, mungkin kamu boleh bersenam seperti yoga atau berendam dalam haruman aromaterapi. Tips tenang: Sekiranya diri kamu sedang dalam keadaan gementar, cuba tarik nafas dalam-dalam dan kira hingga lima. Pasti kamu akan lebih tenang!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ELEMEN ANGIN Zodiak: Gemini, Libra dan Aquarius.
Ciri-ciri yakin:
Kamu sentiasa beringat-ingat dalam apa jua perkara yang dilakukan, pandai berkomunikasi dengan orang lain dan tidak menghadapi masalah sangat bila pertama kali berurusan dengan orang baru. Kamu juga suka mencari kelebihan yang dimiliki oleh seseorang individu dan ini kadangkala mengecewakan kamu apabila mereka tidak mempunyai kualiti sikap yang kamu kehendaki daripada mereka. Oleh kerana kamu seorang yang pandai bercakap, berurusan dengan sesiapa saja tak pernah menjadi masalah besar bagi diri kamu. Sifat kamu yang kurang pasti membuatkan kamu sentiasa tertekan. Oleh kerana kamu seorang yang bijak, kamu tidak suka bila orang lain bersikap ‘kurang bijak' atau sambil lewa dengan kamu!


(Sumber:Wanmus_1)

03 September 2006

Mari mengenal si Zodiak Taurus!

Lihat nie bagaimana mengenali mereka!

Keras Kepala, Materialistik, Pasif, Ramah & Sabar, Setia, Jiwang

Nombor bertuah: 12,19,23, 33, 39,41Aroma bertuah: Aroma Madu, Mawar, Lily, Kayu Oak

Planet Yang Mengitari: VenusBunga bertuah: Bunga Daisy, VioletWarna bertuah: Coklat,

HijauBatu bertuah: Batu Pirus (Batu bermata biru)Elemen bertuah: TanahPasangan Serasi: Scorpio

Taurus adalah simbol kepastian dan kehendak yang kuat. Taurus biasanya berjuang untuk mendapatkan rasa aman batiniah dan jasmaniah. Mereka memiliki taste yang tinggi pada pakaian, lukisan, barang-barang antik dan barang-barang mewah lainnya.

Cita rasa Taurus sangat tinggi, namun cenderung konservatif. Mereka sangat menikmati alunan melodi dan musik yang indah. Taururs suka menolong orang lain dan tidak mudah marah. Mereka tidak suka didesak dan cenderung keras kepala bila terus menerus didesak.

Para Taurus cenderung setia, stabil dan sabar, meskipun kadang mereka keras kepala. Mereka memiliki pandangan yang baik untuk meraih tujuan mereka sehingga mereka cukup berhasil. Mereka gigih pada keputusan yang telah diambil dan tidak ada seorangpun yang dapat merubah pendiriannya.

Karana Taururs tidak suka didesak, maka banyak yang mengelarkan mereka si Lamban. Namun demikian, kamu dapat mempercayakannya dalam membantumu keluar dari masalah. Mereka bukan jenis orang yang mudah melanggar janji dan mundur dari suatu keyakinan, dan mereka memiliki stamina dan ketekunan untuk bertahan dari lawan-lawannya. Kekuasaan Taurus sangat hebat sehingga mereka tidak mudah gagal dalam hidupnya.

Ciuman mengikut Zodiak

Erm, ini sebagai pengetahuan aje ek. Janganlah sesapa percaya sangat! :) . Harap-harap post ni tak lah kontroversi sangat. hihi...sowey semalam tak sempat nak post ape-ape, sebab server down!


Zodiak Aries
Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.

Zodiak Taurus
Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Aries, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang, penuh kemesraan dan berlangsung terus… terus… dan terus.

Zodiak Gemini
Orang-orang Gemini konon merupakan pribadi yang hangat dan ceria. Tidak hairan jika gaya berciuman mereka kadang-kadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!

Zodiak Cancer
Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!

Zodiak Leo
Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan-segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas gairahnya yang luar biasa.

Zodiak Virgo
Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi, sampai-sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.

Zodiak Libra
Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Karena mereka pada umumnya terlalu khawatir dengan urusan macam-macam di luar hasrat mereka. Belum lagi, mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.

Zodiak Scorpio
Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Karenanya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktifitas yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.

Zodiak Sagitarius
Hmmm.berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan, dan menggairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.

Zodiak Capricorn
Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang-orang berbintang Capricorn kabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi obat pembunuh stress!

Zodiak Aquarius
Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.

Zodiak Pisces
Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan gairah, serta wow … berlangsung cukup lama!